Definisi Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alatukur dalam mengukur sesuatu konsep atau aspek. Sekiranya guru yang lain melakukan ujian yang sama, keputusan yang diperolehi adalah sama.
Ataupun soalan yang sama di beri pada masa yang berbeza, jawapan yang diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama.Dalam erti kata lain kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajardalam dua ujian yang asama yang ditadbir pada masa yang berlainan.
Contohnya
Ujian Matematik seorang pelajar mendapat markan 90 dan kemudian mendapat
markah yangsama apabila ujian ditadbir seminggu selepas itu.Dalam hal ini ujian
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Proses Kebolehpercayaan
Kaedah Kebolehpercayaan boleh diperolehi dengan cara dua set pengukuran.
1. Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu
2. Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama
3. Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama selepas sesuatu masa yang tertentu
Jenis Kebolehpercayaan Ujian
- Uji - Ulang Uji
- Cara Bentuk Setara
- Cara Bahagi Dua
- Cara Kuder-Richardsom
Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Ujian
- Pasang Ujian
- Kesukaran Item
- Homogeniti (Keseragaman) Item
- Kuasa Diskriminasi Item
Kepentingan Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukakan oleh murid mencerminkan keupayaan dan bukan disebabkan nasib. Untuk dianggap boleh dipercayai, sistem penilaian prestasi mesti mengukur prestasi murid secara konsisten dan objektif. Kegiatan dan hasil yang sama dilakukan oleh mana-mana murid harus diukur dan dinilai sama. Tanpa kebolehpercayaan ini, murid akan hilang kepercayaan terhadap proses penilaian dan dalam pembelajaran
Bagaimanakan Kebolehpercayaan Dapat Dipertingkatkan
1. Ujian perlu ditadbir dalam suasana yang sesuai dan kondusif
2. Jawapan murid perlulah dinilai oleh lebih daripada seorang pemeriksa untuk skrip jawapan yang sama.
3. Jawapan murid perlulah ditanda mengikut Panduan Memberi Markah (PMM) yang telah disediakan
4. Elakkan daripada soalan yang menggunakan ayat-ayat yang boleh mengelirukan murid selain mengelakkan masalah-masalah teknikal
No comments:
Post a Comment