KESAHAN UJIAN

DEFINISI KESAHAN 

·         Menurut Bhasah (2007) kesahan merujuk kepada takat sesuatu alat itu mengukur apa yang seharusnya diukur. 

·         Mohamad Najib (2011) menjelaskan kesahan merujuk kepada sejauh mana pengukuran berguna dalam tujuannya. 

·         Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997).  

·         Kesahan ialah kesesuaian, ketepatan, interpretasi dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu prosedur pentaksiran untuk sekumpulan individu, bukan prosedur semata-mata (Miller, Linn & Gronlund, 2009). 

 


 JENIS-JENIS KESAHAN


1.         Kesahan Muka (Face Validity) 

·         Merujuk kepada sejauh mana instrumen dapat melihat secara umum boleh  mengukur pengetahuan, tingkahlaku, perasaan dan sebagainya berkaitan pembolehubah yang hendak diukur. 

·         Contohnya penggunaan bahasa, ejaaan, kejelasan, format ujian, saiz tulisan soalan. 

·         Boleh disemak oleh sesiapa sahaja, tetapi yang lebih baik pakar bidang dan pakar Bahasa 

·         Boleh dilaksanakan semasa kajian rintis dengan meminta sampel melihat semua sebarang kesalahan dan kesilapan. 

 


2.         Kesahan Kandungan (Content Validity) 

·         Merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi kandungan yang hendak dinilai 

·         Ujian yang disediakan perlu mengandungi topik-topik yang telah diajar dan jumlah soalan setiap topik akan bergantung kepada kewajaran masa mengajar setiap topik tersebut dalam kurikulum 

·         Membina JSU bertujuan untuk memastikan item ujian ditentukan selaras dengan tujuan ujian dilaksanakan. 

·         Kesahan interpretasi skor ujian ditentukan oleh betapa tepatnya item-item diwakili dalam domain tugasan untuk murid  yang diberikan 

·         Perlu dinilai oleh pakar sekurang-kurangnya 3 orang pakar bidang . Contoh: Jika subjek matematik- Ketua Panitia Matematik, Guru Pakar Matematik dan Pensyarah Matematik ).

 

 

3.         Kesahan Konstruk (Construct Validity) 

·         Merujuk  sejauh mana indikator-indikator yang disenaraikan adalah benar untuk mengukur sesuatu dimensi atau sesuatu pembolehubah. 

·         Kesahan ini adalah merujuk kepada saling interaksi antara indikator, dimensi dan pembolehubah dalam konstruk pengukuran. 

·         Apabila guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, guru sebenarnya berbicara tentang kesahan konstruk 

·         Kesahan konstruk diperoleh berdasarkan kaedah saintifik dengan menggunakan pelbagai prosedur statistik. 

·         Sebagai contoh seorang penyelidik membina 16 item untuk mengukur pembolehubah efikasi guru yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar, lapan item setiap dimensi. 

·         Kesahan konstruk dalam kes ini adalah sejauh mana kebenaran bahawa setiap lapan item itu adalah reflektif kepada dua dimensi yang diukur, serta sejauh mana kebenaran bahawa dua dimensi tersebut adalah reflektif kepada pengukuran pembolehubah efikasi guru. 

·         Dalam sesetengah buku penyelidikan, kesahan konstruk juga disebut sebagai kesahan gagasan..

 

 

4.         Kesahan Kriteria ( Criteria On Validty) 

·         Merujuk kepda sejauhmana instrumen itu boleh menghasilkan keputusan yang sama jika diuji dengan kriteria lain yang merujuk kepada konstruk pengukuran yang sama. 

·         Teknik kolerasi biasanya digunakan untuk kesahan ini. 

·         Sebagai contoh, pelajar yang mendapat skor yang tinggi dalam instrumen pengukuran IQ sepatutnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 

·         Begitu juga pekerja yang yang mendapat skor yang baik semasa jawab soal selidik yang mengukur sikap di tempat kerja sepatutnya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerja sebenar.

 


5.         Kesahan Ramalan/ Telahan/ Jangkaan (Predictive Validity) 

·         Dapat meramal keputusan yang akan datang. 

·         Data ujian dikumpul terlebih dahulu untuk meramal data kriteria yang akan dikumpul pada suatu masa akan datang 

·         Kesahan jangkaan yang tinggi ditunjukkan apabila data yang diperoleh daripada ujian awal mempunyai korelasi yang tinggi dengan data yang didapatkan pada masa hadapan. 

·         Boleh diukur menggunakan perisian SPSS 

·         Contoh, sejauh mana ujian percubaan SPM, dapat meramal keputusan SPM sebenar

 

 

2.         Kesahan Serentak/ Semasa (Concurrent Validity) 

·         Dalam kesahan serentak, pembuat ujian memperoleh pengukuran ujian dan kriteria pada masa yang sama 

·         Penggunaan utama kesahan bersamaan adalah untuk mencari ujian yang dapat menggantikan prosedur lain yang kurang senang dengan pelbagai alasan 

·         Contoh, sejauh mana ujian matematik SPM 2017 dan matematik SPM 2020 menunjukkan keputusan yang tidak jauh berbeza apabila diuji dalam tempoh masa yang terdekat

 

No comments:

Post a Comment