PENGENALAN
Jadual
Spesifikasi Ujian atau
JSU merupakan aspek
penting dalam penyediaan sesuatu
ujian. Ujian yang
tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi .JSU merupakan salah satu proses yang
dilaksanakan dalam menghasilkan satu ujian yang baik. Rajah di bawah menunjukkan proses dalam membina
soalan ujian.
Rajah : Proses membina soalan ujian
Dalam kajian oleh Notar, Zuelke, Wilson
dan Yunker (2004), mereka merumuskan bahawa terdapat perkaitan yang sangat
rapat antara pembinaan ujian oleh guru dengan akauntabiliti guru itu sendiri
bagi memastikan kesahan sesuatu ujian itu. Guru yang tidak mengikut prosedur
sebenar pembinaan ujian tidak akan dapat menilai pencapaian pelajar dengan
baik. Oleh itu, penggunaan JSU adalah sangat penting dalam pembinaan semua
jenis ujian bilik darjah.
TUJUAN PEMBINAAN JSU
·
Mengelakkan
daripada membina ujian secara sembarangan
·
Menjamin kesahan
isi kandungan sesuatu ujian
·
Menimbulkan rasa
kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
·
Menentukan perseimbangan antara
topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji
LANGKAH PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JSU, terdapat empat
langkah yang perlu dilaksanakan. Empat
Langkah tersebut iaitu pertama mengkaji sukatan pelajaran, kedua menganalisis
objektif pengajaran, ketiga menentukan
jenis soalan dan keempat menentukan
bilangan soalan. Rajah dibawah menunjukkan Langkah pembinaan
JSU
Langkah pertama :
mengkaji sukatan pelajaran
Langkah ini bertujuan untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu di analisis
untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop
dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk, pendekatan yang telah
diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan
diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan
pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu
tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk
Objektif pengajaran inidianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yangdibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting
kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina
berdasarkan penganalisaa nilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk,
paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya
mengandungi aras kemahiran dan paksi yang ketiga adalah paksi ajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan
Langkah ketiga : menentukan jenis soalan
Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
seharusnya dapat membantu menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan
isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.
Langkah keempat : Menentukan bilangan
soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili
kandungan pengajaran domain objektif pengajarandan peringkat objektif
pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian
adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama sekiranya pelajar menjawab
semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur
apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan
kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis
soalan dan kesukaran ujian yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang
soalan, kemampuanbahasa murid dan lain-lain,
Jontoh dibawah menunjukkan pantuan dan JSU yang telah siap dibina
CONTOH JSU
No comments:
Post a Comment