BIL
NAMA ARTIKAL DAN PENULIS ARTIKAL
HASIL PEMBACAAN
STRATEGI PENILAIAN
INSTRUMEN PENILAIAN
1
PEMBINAAN INSTRUMEN AMALAN PENTAKSIRAN GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan, Noraini Mohamed Noh, Shafini Suhaimi
Jab. Matematik, Fakulti Sains dan Matematik
Jab. Biologi, Fakulti Sains dan Matematik
Jab. Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI
(VOL.4 NO.1 JUN 2014)
· Membina suatu alat yang sesuai digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai amalan pentaksiran guru agar tindakan sepatutnya boleh diambil bagi meningkatkan kemahiran pentaksiran guru
· Penggunaan pendekatan ini memberikan input yang lebih terperinci. Ini dapat dilihat melalui kekuatan instrumen dimana setiap item bukan hanya dihurai melalui status skor min tetapi boleh diperincikan lagi pada tahap rendah, sederhana dan tinggi dengan huraian deskriptif yang lebih jelas
· instrumen yang menggunakan skala rubrik dua lapis untuk menilai amalan pentaksiran guru Matematik
· Pernyataan bagi setiap item dirubrikkan dengan rubrik yang signifikan untuk diukur. Skala bagi setiap item ditentukan oleh skala lima markat dan lima rubrik bagi setiap item dinilai menggunakan skor 0, 1 atau 2
· Dua komponen utama kajian iaitu ciri-ciri sedia ada dimiliki guru (kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap) dan amalan yang dilakukan oleh guru (blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, penyimpanan rekod, penginterpretasian data, pelaporan, pemulihan, pengayaan dan pengiktirafan).
· Produk terbentuk iaitu satu set instrumen penilaian amalan pentaksiran guru matematik sekolah menengah.
2.
KURIKULUM, PENGAJARAN DAN PENTAKSIRAN DARI PERSPEKTIF PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Kalai Selvan Arumugham
Institut Aminuddin Baki, Malaysia,
(30 April 2020)
· Penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif dimana dan teknik persampelan bertujuan
· Pemilihan pendekatan ini adalah berdasarkan matlamat penyelidikan untuk meneroka dan memahami cara pelaksanaan PBD dalam kalangan guru-guru sekolah rendah.
· Penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah kajian kes untuk membantu memahami cara guru-guru melaksanakan PBD menganalisis secara terperinci tentang setiap penceritaan yang dilakukan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan PBD.
· Temubual
· pemerhatian
· Proses triangulasi dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitati
· Tema telah dikenalpasti melalui kekerapan pengulangan frasa data temu bual serta data pemerhatian.
· Analisis data kualitatif memerlukan penelitian yang mendalam kerana teks yang dinyatakan oleh setiap peserta mempunyai maksud yang tersendiri dan penyelidik haruslah mempunyai kemahiran yang mendalam untuk mengenalpasti serta mengkategorikan teks tersebut.
· Proses triangulasi dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif kerana proses ini akan memberikan keselarian data yang diperoleh melalui dua kaedah pengumpulan data yang berbeza
3
ISU DAN PERMASALAHAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM SISTEM PENILAIAN DI MALAYSIA
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh, Norasmah Othman
Universiti Kebangsaan Malaysia
(25 April 2029)
· Penyelidik memfokuskan dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran kebangsaan.
· Pemilihan pendekatan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
· Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan negara.
· Menggunakan proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid meningkatkan kebolehan dan membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pembelajaran
· menggunakan maklumat kuantitatif atau kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu
Berdasarkan artikel yang telah dianalisa diatas, kita dapat lihat dan kaji bahawa terdapat beberapa cara, proses, kelebihan dan kekurangan dalam pembentukan penilaian dan pentaksiran dalam bilik darjah. Seperti yand disebutkan oleh Popham (2007), beliau berpendapat bahawa istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara bersilih ganti dan dianggap sinonim antara satu sama lain. Ia juga dipersetujui oleh Suah, Ong & Shuki (2010) dimana pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran murid serta keberkesanan pengajaran guru.
Oleh yang demikian, kita
dapat lihat dalam artikel yang ketiga dimana ia disebut oleh Mohd Haidzir
Yusof@Jusoh dan Norasmah Othman (2019) dimana satu sistem pentaksiran baharu
perlu digunakan untuk menilai kebolehan dan pencapaian murid secara holistik dan
auntentik. Sistem pentaksiran alternatif yang disisipkan dalam sistem
pentaksiran di Malaysia akan lebih berjaya sekiranya semua pihak bergabung
tenaga untuk melaksanakannya dengan bersungguhsungguh. Pentaksiran alternatif
dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya sekiranya semua guru mendapat kursus
dan latihan yang mencukupi tentang pentaksiran. Latihan yang mencukupi akan
mempengaruhi pengetahuan guru serta dapat meningkatkan kemahiran pentaksiran.
Jika guru lebih bersedia, aktiviti pentaksiran alternatif akan lebih mudah
untuk dilaksanakan di sekolah. Bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan dengan
betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh Begum dan Farooqui (2008) dalam
kajiannya iaitu penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau, guru
besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekod semua guru-guru setiap
penggal, suatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untuk memeriksa
rekod tersebut.
Sehubungan itu, guru juga perlu memahami segala jenis penilaian & pentaksiran samada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat diteruskan sejajar dengan saranan kementerian.
No comments:
Post a Comment