PEMBINAAN ITEM UJIAN
Jenis jenis Pembinaan Item Ujian Objektif
Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, iaboleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar ataumembandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yangdigunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalahlebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukankepada kandungan pelajaran yang diajar guru.
Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yangmempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan,padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama adabetul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul,atau perkataan pelengkap yang betul.
UJIAN BERANEKA PILIHAN
Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah,sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item initerdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapanpilihan berdasarkan kepada rajah 4.5 di bawah
•Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalanitu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.
•Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayatlengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
•Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yangbiasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi
Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab olehpelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakanborang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbandingsoalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.
Prinsip Penyediaan Soalan Berbentuk Beraneka Pilihan
UJIAN BETUL - SALAH
Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitustimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”.Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikutadalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:
Prinsip Pembinaan Item Betul-Salah
UJIAN MENGISI RUANG KOSONG
Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yangmengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan untukmenguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. Berikutadalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:
Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong
UJIAN PADANAN
Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan.Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahamandan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. Bagaimanapun, kita perlu ingatbahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanansebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada bilanganperkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilanganperkaitan ini. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:
Pembinaan Item Berbentuk Padanan
Jenis jenis Pembinaan Item Ujian Subjektif
Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidakspesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkansubjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untukmengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yangmemerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut.
Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana ataupanjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tigakategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalanberbentuk esei:
Pembinaan Soalan Bentuk Esei
Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuaidigunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untukmemberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugasyang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan katatugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.
Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan itemberkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujiansahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan.Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendaksoalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripadabeberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Jadual berikutmenunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.
Kata Tugas
UJIAN ESEI BERJAWAPAN PENDEK
Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan)yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau ideasendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman danaplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalanesei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihatcontoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini,pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkankebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Olehkerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlumenyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin
UJIAN ESEI BERJAWAPAN TERBUKA
Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea,membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran ataumengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untukmengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiranseperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenisini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbukaini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripadapengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulisdengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan denganbaik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-ideadan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaianpelajar dapat dibuat sewajarnya.
Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyaikekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:
•menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah;•membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;
•mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;
•mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan•mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau ideadalam bentuk komunikasi bertulis.
Kelebihan item jawapan terbuka
Dengan beberapa kekuatan yang ada, item berjawapan terbuka turut mempamerkanbeberapa masalah/kekangan yang tersendiri, iaitu ia memerlukan:
•pemeriksa yang terlatih untuk memerika jawapan;
•masa yang panjang untuk memeriksa jawapan berbanding item objektif;
•masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan; dan
•pelajar menulis secara jelas dan boleh dibaca.
Kelebihan & Kekurangan Penyediaan Item Ujian
Kelebihan/kekuatan dan kekakangan/kelemahan yang diwarisi oleh setiap jenis itemujian ditunjukkan dalam jadual di bawah. Aspek-aspek perbandingan ialah dari segi:
•keupayaan mengukur kebolehan pelajar,
•keluasan persampelan kandungan,
•kecepatan menyedia soalan,
•keobjektifan pemeriksaan,
•kemudahan diperiksa mesin, dan
•mengelak daripada tekaan.
Kelebihan dan Kekangan Jenis Item Objektif
Persampelan yang meluas bagi ujian yang menggunakan item objektif sahaja,menyebabkan kesahan ujian menjadi tinggi.
Kelebihan dan Kekangan Jenis Item Subjektif
Persampelan yang sempit bagi ujian yang menggunakan item subjektif sahaja, turut menyebabkan kesahan ujian menjadi rendah. Justeru, dengan menggabungkan item objektif dan item subjektif dalam satu ujian dengan kadar yang sesuai, ia dapat menjamin kesahan ujian dari segi liputan kandungan dan juga penilaian pada peringka tobjektif yang tinggi.
Ringkasan Perbezaan Jenis-jenis Item Ujian
CONTOH SOALAN KBAT SEBAGAI ITEM UJIAN
Soalan 1 :
Ali : 1 m sama dengan 100 cm.
Abu : Setengah meter sama dengan berapa Ali ?
Ali : 50 cm lah Abu.
Ali memberi
sehelai reben sepanjang 80 cm kepada Jauhari. Abu diarahkan oleh gurunya agar
menggunakan 0.5 daripada reben itu untuk mengikat satu hadiah.
Ali memberi
lagi 7 helai reben yang sama untuk mengikat 7 kotak hadiah yang sama.
Hitung
baki, dalam cm, panjang reben itu.
Soalan 2 :
Dalam satu
Ekspo yang dianjurkan oleh MAYC Kuala Langat, berbagai aktiviti telah
dipertandingkan untuk semua peringkat umur. Bagi pelajar sekolah rendah, acara
yang dipertandingakan ialah Kuiz Matematik. Hadiah yang ditawarkan amat
lumayan.
JUMLAH
HADIAH YANG DISEDIAKAN IALAH SEBANYAK RM630.
Pemenang
tempat ketiga menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang
tempat kedua!
Pemenang
tempat kedua menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang tempat
pertama!
Hitung
jumlah hadiah yang bakal diterima oleh johan kuiz itu.
Soalan 3 :
Danish naik
dari tingkat 1 ke tingkat 6.
Kemudian
dia turun ke tingkat 3. Dia naik semula ke tingkat 5.
Selepas itu
dia turun ke tingkat 2
Jarak
antara satu tingkat ke satu tingkat ialah 6 m.
Hitung
jarak, dalam m, yang dia lalui.
Soalan 4 :
Seorang penjual buah mempunyai 150 kg langsat. 10% daripada langsat tersebut telah rosak.
No comments:
Post a Comment